SOALAN LAZIM PELAN DATA GURU 1BESTARINET



SOALAN LAZIM
PELAN DATA GURU 1BESTARINET
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.  APAKAH PELAN DATA GURU 1BESTARINET?
Pelan Data Guru 1BestariNet ialah pelan 4G LTE yang akan memberikan kuota 2GB rangkaian internet bulanan LTE dan kuota 2GB data jalur lebar kepada semua guru di sekolah-sekolah penerima 1BestariNet 4G Zoom seluruh Malaysia (bagaimanapun perkhidmatan ini tidak terdapat di sekolah-sekolah OCPE, ADSL atau VSAT) bagi tujuan memudah dan mempertingkat pengalaman pengajaran dan pembelajaran. Pelan data ini boleh digunakan pada telefon pintar Yes 4G LTE (untuk rangkaian data LTE) dan semua peranti aktif jalur lebar Yes (untuk rangkaian data jalur lebar)


2. BOLEHKAH SAYA KE KEDAI YES UNTUK MELANGGAN DATA GURU 1BESTARINET?
Pelan Data Guru 1BestariNet Guru hanya disediakan untuk guru-guru sekolah 1BestariNet 4G melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tidak terdapat di mana-mana kedai YES.

3. APAKAH PERBEZAAN PERKHIDMATAN INI BERBANDING DENGAN APA YANG GURU-GURU TERIMA DI SEKOLAH 1BESTARINET?
Menerusi Pelan Data Guru 1Bestarinet ini, setiap guru (sekolah 4G) akan diberikan pelan data dengan kuota 2GB data LTE dan kuota 2GB data jalur lebar sebulan. Pelan data ini akan menggantikan pelan data 1.5GB data jalur lebar percuma yang diberikan secara gunasama di sekolah di bawa Fasa 1.

4. BAGAIMANA PULA DENGAN GURU-GURU SEKOLAH BUKAN 4G CONTOH: VSAT DAN ADSL?
Guru-guru di sekolah VSAT dan ADSL yang tinggal di kawasan yang ada liputan 4G boleh membuat permohonan untuk dibekalkan dengan pelan data guru 1BestariNet. Permohonan ini boleh dihantar kepada JPN untuk disalurkan kepada BTP. Permohonan ini akan melalui Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet dan Jawatankuasa Pemandu Perkhidmatan 1BestariNet untuk kelulusan.

5. BAGAIMANA PULA DENGAN GURU-GURU SEKOLAH OCPE?
Pengetua / Guru Besar sekolah OCPE boleh membuat permohonan untuk guru-gurunya dibekalkan dengan pelan data guru 1BestariNet. Permohonan ini boleh dihantar kepada JPN untuk disalurkan kepada BTP. Permohonan ini kemudian akan melalui Jawatankuasa Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet dan Jawatankuasa Pemandu Perkhidmatan 1BestariNet untuk kelulusan.

6. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT DISAMBUNGKAN KE RANGKAIAN JALUR LEBAR INI? 
Anda boleh disambungkan ke rangkaian jalur lebar ini melalui semua peranti YES (Dongle, Huddle, Zoom atau sebarang peranti aktif jalur lebar YES) dengan menggunakan ID 1BestariNet YES / kata laluan anda.

7. BAGAIMANAKAH SAYA DAPAT DISAMBUNGKAN KE PADA PERKHIDMATAN RANGKAIAN LTE? 
Anda boleh disambungkan kepada rangkaian LTE melalui telefon YES Altitude, setelah anda mendapat telefon yang diagihkan sebagai satu perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

8. BUAT MASA INI, SAYA BOLEH MENGGUNAKAN INTERNET DENGAN MENGGUNAKAN DONGLE SEKOLAH. APAKAH PERBEZAANNYA?
Anda masih boleh terus menggunakan Dongle sekolah dengan cara log masuk menggunakan ID 1BestariNet dan kata laluan anda. Di bawah Pelan Data Guru 1BestariNet, setiap guru di sekolah 4G diberikan kuota data peribadi sebanyak 2GB untuk mengakses internet, dan akses tanpa had (tanpa menggunakan kuota 2GB / bulanan) ke Frog VLE.

9. ADAKAH SAYA AKAN DIKENAKAN BAYARAN UNTUK PENGGUNAAN 2GB DATA INI? 

Tidak, pelan data dengan kuota 2GB sebulan LTE dan kuota 2GB sebulan jalur lebar disediakan secara percuma oleh KPM sebagai sebahagian daripada perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2.

10. ADAKAH TERDAPAT APA-APA POTONGAN DARIPADA PERUNTUKAN DATA SAYA JIKA SAYA MENGAKSES VLE SAHAJA? 
Tidak. Akses kepada VLE adalah percuma tanpa had. Bagaimanapun akses kepada laman-laman web luar yang dipautkan ke dalam VLE (contohnya YouTube) akan menggunakan kuota pelan data 2GB.

11. APAKAH CARA UNTUK MENYEMAK PELAN DATA GURU 1BESTARINET SAYA?
Anda boleh menyemak baki pelan data anda dengan cara log masuk ke My Account (http://selfcare.yes.my/myselfcare) menggunakan ID 1BestariNet YES anda. Baki yang dipaparkan menunjukkan baki pelan data yang masih boleh digunakan.

12. BOLEHKAN SAYA MEMBAWA KUOTA DATA YANG TIDAK DIGUNAKAN KE BULAN SETERUSNYA?
Tidak, Kuota data yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke bulan berikutnya.

13. SAYA TIDAK BOLEH LOG MASUK KE AKAUN KERANA TERLUPA KATA LALUAN, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN? 
Hubungi pentadbir VLE sekolah anda untuk mendapatkan atau menetapkan semula kata laluan anda.

14. APAKAH CARA UNTUK MEMBOLEHKAN SAYA MENUKAR KATA LALUAN SAYA? 
Anda boleh menukar kata laluan dengan cara log masuk ke My Account: http://selfcare.yes.my/myselfcare dan kemudian klik pada “Personal Details”.Pada tab “Profile Information” di panel sebelah tepi akan dipaparkan “Change Password”.


2 comments :

  1. Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

    ReplyDelete
  2. Enjoyed reading through this, very good stuff, thankyou 먹튀검증


    ReplyDelete

 

Copyright 2015 © Macam Macam Cite. Design by Ayu Barbydol